Top Ad 728x90

More Stories

Tuesday, March 20, 2018

Bil Saya Dari RM205 Sebulan Turun Mendadak Ke RM39.89 Ini Caranya!

by
Tenaga elektrik sekarang sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian kita, tetapi ramai kini merungut tentang kenaikan tarif elektrik di mana ada yang mengatakan ia membebankan.
Ada diantara kita sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli barangan yang kononnya menjimatkan tenaga dan ada yang sanggup mengupah juruelektrik untuk mengubahsuai sius utama yang sudah pasti salah di sisi undang-undang.
Tahukan anda, sebenarnya ada boleh menjimatkan elektrik dirumah anda secara mudah dan tidak perlu mengeluarkan duit, tips ini dikongsikan oleh Puan Liyana Syazwaniyang ternyata begitu senang dan berkesan selepas dilakukan.
Menurut tulisan beliau dilaman Facebooknya, caranya ialah cabut plug apabila tidak digunakan dan ternyata apabila membacanya baru admin sedari selama ini admin sendiri membazir elektrik secara tidak sedar kerana apabila sesuatu barang elektrik digunakan terutamanya lap top admin sendiri tidak pernah cabut plug selepas digunakan.
Jom ikuti sedikit pengalamannya dalam hal ini.
Bil-bil elektrik dari bulan Jun – Dec 2015.
Baca cas semasa sahaja.
June – RM205.00
Jul – RM163.41
Aug – RM126.21
Sep – missing *scratching head*
Oct – RM63.64
Nov – RM84.00
Dec – RM39.89
Bulan Jun – Ogos hanya memaparkan cas bil semasa,
Bulan September, mula mencabut semua plug elektrik yang tidak digunakan, ketika suami bertugas di luar kawasan.
Bil bulan Oktober ada berlakunya penurunan. Ok!
Bulan November, suami ada di rumah dan masih belum biasa dengan peraturan baru dan selalu tinggalkan laptopnya yang dicas sehingga pagi.
Bil elektrik bulan Disember? 😂
Contoh,
Jika anda menggunakan kipas, cabut plug kipas tersebut apabila anda keluar dari bilik walaupuan anda akan kembali masuk ke dalam bilik beberapa jam kemudian.
Anda boleh menggunakan penghawa dingin atau apa saja barangan elektrik di rumah apabila perlu.
Caranya ialah, plug barangan elektrik kekal dicucuk pada soket terutamanya extension plug (1 plug dengan 2-5 plugs?)
“Memang tinggilah bil!”
Pembetulan, kami juga menggunakan penghawa dingin. Jadi, apabila tidak digunakan, kami cabut plug (jika ada). Bukan hanya sekadar menutup suisnya sahaja.
Namun begitu, plug barangan elektrik yang utama speerti Peti Ais, Thermo Pot, dan yang berkepenting
___________________________________________________________________________
Jun – aug: just to show our normal bills
Sept: start unplug all unused plugs (while husband was outstation)
Oct: ada reduction. Ok!
Nov: Hubby was home and still havent get use to the new rule. He loves leaving his laptop charging until morning.
Dec: smile emoticon
What do we do:
Switch off and unplug unused plug. Everytime.
Example:
If u use stand fan, unplug the plug when u want to leave the bedroom. Although u need to use it again after few hours. Haha.
U can use aircond or any other home appliances when needed. The trick is the plug remained at the socket especially extension plug (1 plug with 2-5 plugs?)
Memang tinggi la bill. 😂 😂
Edited to add, we also use aircond. So unplug it (if ada plug la.. bukan suiz) when not in use. If can minimize the usage lagi baik.
Plug yang tak dicabut: fridge, thermo pot, ubat nyamuk elektrik
Just sharing our experiment. All the best

Friday, March 16, 2018

(VIDEO) EKSKLUSIF: YUSUF AZMI TIDAK LAGI TERLIBAT DENGAN PPIM – NADZMI

by

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan aktivis Yusuf Azmi tidak lagi terlibat secara langsung dalam persatuan berkenaan, kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.

Menurutnya, Yusuf telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia.

Namun begitu, kata Nadzim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan Yusuf dan mana-mana NGO yang berminat dengan kerja-kerja dan hala tuju PPIM.

” Berkenaan Yusuf ini, nak kata terlibat secara langsung dengan kami (PPIM) itu tidak, tetapi beliau (Yusuf) masih ada urusan kerja yang lama. Kita akan menilai dan tengok macam mana.

” Kita tak mahu dilihat ada pertembungan antara ‘orang tua’ dan orang yang muda, yang bersemangatnya mungkin lain. Kita ni yang tua mungkin perlahanlah sikit.

” Bekerjasama dengan beliau tak ada masalah, cuma kita tak mahu dilihat matlamat itu macam ada perbezaan,” katanya pada theRakyat.com di sini semalam.

Baru-baru ini empat bekas kakitangan PPIM mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.

Sidang media tersebut untuk membersih nama selepas Yusuf membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan Nadzim dan PPIM Keramat.

Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuai Yusuf dengan cara menceroboh pejabat tersebut. – theRakyat.com

Thursday, March 8, 2018

Akibat Mencabar TUHAN! Sepasang Couple Kemalangan Hancur Berkecai...

by

WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.

Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?
Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..
Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !

Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)
Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..
SUMBER : mukubukuviral.com

Wednesday, March 7, 2018

Ini Petua Nenek-Nenek Dulu Yang Kesannya Kulit Cantik Merah Jambu

by
Seorang wanita umur 30 membuka rahsia yang diamalkan untuk miliki kulit cantik merah jambu dengan hanya ikut petua orang dulu-dulu.

Ya, kalau ikutkan sekarang ini cukup mudah nak jadi cantik sebab ada macam-macam jenis alat kosmetik di pasaran. Namun kalau anda jenis suka menggunakan petua-petua orang dulu, ini salah satu amalan yang bagus untuk dicuba.

Kebanyakan wanita zaman sekarang memang tak amalkan langsung petua tradisional kerana dianggap leceh dan perlu dibuat sendiri. Tapi kalau anda dapat rasai sendiri kesannya, memang WOW!
Ok, jom godek apa bahan yang digunakan dalam petua tradisional yang dikongsi saudari Afieyzea Aleeschaylee…

BUKAN HANYA CANTIK LUARAN, DALAMAN PUN CANTIK

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.

SUSU KUNYIT BADAM MADU

Bahan–bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.

NOTA:
Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Ini Kesan Akibat Anak Pandai Baca Bawah Umur 7 Tahun!

by

SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastikan telah pandai membaca?
Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?
Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami  anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak.
Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan  dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah  boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat,  adakan  sesi belajar  ‘one to one’  dengan anak-anak kecil ini ,  adakan kelas tambahan membaca.  Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini  untuk belajar.  Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja,  lalu  ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga.  Itulah yang diimpikan ibu bapa.
Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun.  Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan  anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.
Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.  Saya perasan itu semua.
Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?
Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai  tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal  yang boleh dibentuk di peringkat  awal usia anak-anak.  Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi  kanak-kanak.
Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak  di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.
Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak adalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud  memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan  dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti  potensi diri anak  dan membantu  mengilap potensi tersebut.
Justeru itu,  saya dan anda sebagai  pendidik  maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek  tahap perkembangan kanak-kanak supaya  kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.
Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?
Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani
Perkembangan  bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi
Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
Perkembangan  kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai
Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak  ialah perkembangan sahsiah  – belajar bergaul  dan komunikasi  serta literasi awal.

Bagaimana  pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.
Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja.  Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut  hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak  bermain.
Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
Anak main  pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.
Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran
Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.
Jadi, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk  ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa  pihak TADIKA perlu stress ajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.
Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum  masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak  di  tahun 1. Kalau  kebetulan jika  anak 6 tahun  itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula  ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan.  Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.
Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun.  Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’  dari guru TADIKA nya. Cikgu post  jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.
Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana  kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.
Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini  tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan  yang telah saya nyatakan tadi.  Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.
Teringat saya  pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun
Berbeza dengan sistem pendidikan  kita yang telah  diwarisi begini, bila  nak masuk  tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh  membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca.  Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca.  Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi,  anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan.
Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa  anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.
Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya  yang tidak boleh  membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik  ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun),  dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia  bakal  pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga.  Satu ketika dulu, ketika di sekolah  rendah dia tidak  pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.
Apa yang penting, biarlah anak-anak  kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan  mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan.  Apa yang penting,  kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza.  Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa.
CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS.
CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS
#copynpaste
#pnnorazuraismail.blogspot.com

Sunday, March 4, 2018

Alamak! Orang Susah Tidur Berpotensi Sakit Mental & Tidak Bahagia!

by





Antara salah satu tanda kita sedang menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur.
Kegelisahan yang berlaku sewaktu hendak tidur menunjukkan minda berserabut dengan pelbagai perkara yang masih tidak selesai.
Itu juga menunjukkan bahawa kita tidak bahagiadalam hidup.
Orang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.
Tidur benar-benar dijadikan ruang untuknya berehat.
Sesetengah orang menganggap sukar tidur sebagai fenomena yang tiada penawar. Mengapa ini terjadi?
Bukankah sewaktu kepala diletakkan diatas bantal adalah waktu untuk bertenang dan berehat sepenuhnya? Bukankah apabila kita hendak tidur, memang sebenarnyalah kita betul-betul hendak tidur?

Tetapi mengapa kita sukar tidur?




sukar tidur
sukar tidur

Mengapa mata tidak mahu lelap?
Jawapan yang mudah dan mungkin diketahui oleh semua orang adalah berpunca daripada cabaran dan tekanan perasaan yang sentiasa dihadapi pada waktu siangnya.
Jadi, jika anda sukar tidur, itu tandanya anda sedang menghadapi tekanan mental dalam hidup anda.
Jika anda terus gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, ada harapan anda akan mendapat penyakit mental.
Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti

Sebenarnya tidur ada dua macam, iaitu tidur yang sekadar tidur dengan tidur yang benar-benar tidur. Dalam perkataan lain, tidur yang berkualiti dengan tidur yang tiada kualiti.
Bukan telur sahaja ada gred A, B, C dan D. Tidur juga ada gred-grednya tersendiri.
Seseorang yang tidur secara berkualiti (Gred A) akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuhnya. Jika dia tidur enam jam, seolah-olah dia telah tidur selama 18 jam.
Wah, beruntungnya dia. Ini bermakna bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.
Tidur berkualiti ini boleh juga diistilahkan sebagai tidur mati. Lihat orang yang tidur mati, alangkah nikmatnya. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman.
Lihat pula orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, mengelasau, mengigau dan mungkin merapu, bercakap dan menjerit-jerit. Lebih kronik, ada yang boleh bangkit dan berjalan-jalan dalam keadaan tidur.
Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Tidur yang tidak berkualiti biasanya akan membabitkan prestasi pada siang hari.

Seseorang yang sepatutnya mendapat tidur selama 7 jam, tetapi gagal mendapatkannya, akan rasa agak mengantuk pada keesokan harinya.
Dia kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang bersemangat.
Semakin sedikit jumlah tidurnya daripada yang diperlukannya, semakin lemahlah dia daripada garisan kecemerlangan. Mungkin semakin keraplah dia melakukan kesilapan.
Akhirnya dia akan dilihat sebagai insan yang tidak bahagia.

Mungkin anda bertanya, jika demikian, tidak bolehkah mengurangkan waktu tidur untuk membina kecemerlangan?

Untuk menambahkan persediaan menghadapi peperiksaan, tidak bolehkan seseorang pelajar itu mengekang mata sehingga lewat malam mentelaah pelajaran?
Untuk menambah pendapatan seseorang pekerja itu menggagahkan diri berkerja lebih masa sehingga syif malam?
Untuk menyiapkan novel, seseorang penulis berhempas pulas menulis hingga untuk bernafas pun tidak berkesempatan?
Jawapannya adalah tidak boleh dan juga boleh.
– Tidak boleh kerana tubuh kita memang memerlukan tidur yang mencukupi. Itu hakikat hidup dan rutin biasa bagi seseorang yang normal.
Apapun keadaanya cubalah dapatkan tidur yang mencukupi. Ayam pun perlu tidur, inikan pula manusia.
– Boleh kerana kadangkala tubuh kita boleh disesuaikan dengan keperluan-keperluan mendesar, situasi terdesak dan didesak.
Maksudnya, ada ketikanya kita boleh terus gagah walaupun tanpa tidur yang mencukupi. Tetapi jangan terlalu kerap dan berterusan.
Sesekali untuk melayan keadaan-keadaan , terdesak dan didesak itu memang patut  dan tubuh kita pun memang terbina untuk  berdepan dengan suasana-suasana yang tidak diduga seperti itu.
Pendek kata, lihat diri sendiri dan kaji keperluan tidur masing-masing.

Tidur seketika pada siang hari.

Produktiviti kita juga akan meningkat apabila tidur sebentar selepas makan tengah hari. Tidurlah sebentar diwaktu siang untuk mengganti tidur malam kita yang hilang itu.
Tetapi kita perlu bijak bila ingin tidur siang.Walaupun tidur siang adalah cara yang baik untuk menggantikan tidur kita yang hilang, terutama bagi mereka yang telah berusia, namun ia juga boleh membuatkan imsomnia  kita semakin teruk.
Jika ini adalah masalahnya, pertimbangkan untuk tidak tidur pada waktu siang. Jika tidak boleh dan memang perlu untuk tidur siang, hadkan tidur siang kita itu hanya sekitar 30 minit sahaja.

Jika anda mengalami masalah sukar tidur, disini saya kongsikan 12 cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita tidur:

  1. Meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang terhadap kita
  2. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.
    sukar tidur
    sukar tidur
  3. Jangan berangan-angan tanpa noktah.
  4. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.
  5. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.
  6. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentu. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.
  7. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.
  8. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat rilaks untuk tidur.
  9. Pastikan suasana bilik selesa. Anda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.
  10. Kaedahnya yang saya amalkan ialah membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), berselawat, syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman-teman setiduran.
  11. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.
  12. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu reality.

 Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur

اللَّÙ‡ُÙ…َّ غَارَتِ النُّجُومُ ، ÙˆَÙ‡َدَØ£َتِ الْعُÙŠُونُ ، ÙˆَØ£َÙ†ْتَ Ø­َÙŠٌّ Ù‚َÙŠُّومٌ

ÙŠَا Ø­َÙŠُّ ، ÙŠَا Ù‚َÙŠُّومُ ، Ø£َÙ†ِÙ…ْ عَÙŠْÙ†َÙŠَّ ÙˆَØ£َÙ‡ْدِئْ Ù„َÙŠْÙ„ِÙŠ

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Keterangan & Petua Beramal
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit sukar tidur malam yang menimpanya, lalu baginda mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW  ini .
Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

Penutup

Akhir sekali, tahukah anda, ada orang oleh kerana kualiti tidurnya amat baik, dia mendapat ilham sewaktu tidur, mendapat mimpi-mimpi baik untuk untuk menunjuki jalan, untuk membuat keputusan, untuk membuat keputusan, untuk memilih antara dua perkara yang sama berat dan sama menarik malah untuk menyelesaikan masalah.
Kunci atau rahsia untuk senang tidur, adalah cuba dan temui setiap perkara yang terbaik untuk kita. Kerana apa yang berkesan terhadap orang lain, mungkin tidak memberi kesan terhadap kita.
Jangan mudah mengalah dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diberi jalan olehNya untuk merasai nikmat tidur, dijauhkan dari ketidakbahagiaan dan tekanan mental.
Selamat mendapat tidur yang selesa dan berkualiti!
Selepas membaca artikel ini, sila kongsikan kepada rakan-rakan atau keluarga anda yang mengalami masalah sukar tidur. 
Semoga memberi manfaat kepada semua =)
Sumber / akuislam.com

Parut DiDahi, Farid Kamil Dakwa Dipukul 11 Polis?

by

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, hari ini mendakwa dirinya dibelasah sekumpulan anggota polis ketika berada dalam tahanan reman.

Pendedahan terbaru itu dibuat Farid dalam sidang media khasnya di Setia Alam, Shah Alam hari ini.

Menurut pelakon drama Lafazkan Kalimah Cinta itu, kejadian itu berlaku sekitar jam 2 pagi pada hari ketiga beliau berada di sel tahanan.

Menceritakan Kejadian berkenaan, Farid berkata beliau didatangi seramai 11 anggota polis berpakaian biasa sebelum beliau dipakaikan dengan baju pasung dan lampu sel ditutup.

“Ketika dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta dan tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya. Apabila lampu dibuka semula dan cuba membuka pakaian berkenaan, saya mendapati banyak kesan darah pada baju itu

“Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar,” katanya.

Berikutan kejadian itu Farid mendakwa dia mengalami kecederaan di bahagian dahi hingga menimbulkan kesan parut.

Suami kepada kepada aktres Diana Danielle memberitahu dia sudah membuat laporan polis terhadap 11 individu tersebut sebelum ini.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu pada jam 5.54 petang.

Namun beliau mendakwa sehingga kini maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Alamak! Neelofa Akan Didakwa Bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Dan Boleh Di Penjara?

by

Neelofa boleh didakwa??

KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon dan pengacara popular, Neelofa mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung beliau di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu, boleh mendedahkannya kepada tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977.

MENGHINA AGAMA ISLAM?

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, berdasarkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilyah Persekutuan) 1977, mana-mana orang dengan apa cara sekalipun yang boleh menyebabkan agama Islam itu dipandang hina, adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SALKUKHAIRI Abd Sukor. – Foto NSTP

Dalam kenyataan yang dihantar menerusi emel, hari ini, beliau berkata, Neelofa juga berhadapan dengan tindakan mengikut Seksyen 35 Akta yang sama atas tuduhan menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PERSEPSI BURUK KEPADA MUSLIMAH

“Tindakan Neelofa itu bukan sahaja boleh memberi gambaran negatif terhadap wanita Muslimah yang bertudung tetapi juga secara tidak langsung boleh menjatuhkan kesucian agama Islam itu sendiri.

“Selepas ini pasti ada yang beranggapan wanita Muslimah boleh pergi dan menari di kelab malam, asalkan mereka memakai tudung. Ini persepsi yang silap dan perlu diperbetulkan kerana Islam mensyariatkan seseorang wanita itu perlu menutup aurat untuk menjaga maruah dan melindungi mereka daripada terjebak dengan perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak,” katanya.

Salkukhairi berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap selebriti itu atau sebaliknya.

“Undang-undang sudah ada. Cuma ia terserah kepada MAIWP sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atau tidak.

“Jika pihak berkuasa agama ingin mengekang perbuatan itu, tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran dan mendidik masyarakat Islam supaya lebih sensitif, terutamanya bagi seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut seperti Neelofa,” katanya.

Salkukhairi juga menasihati masyarakat Islam supaya lebih peka dan menghormati kesucian Islam dan sentiasa merujuk kepada ulama dan pakar undang-undang sebelum melakukan sesuatu tindakan.

MAAF BUKAN PENUTUP CERITA

“Walaupun Neelofa dilaporkan sudah meminta maaf, tetapi tidak bererti beliau terlepas daripada tindakan undang-undang.”
“Sebab itu undang-undang ini perlu dikuatkuasakan demi menjaga maslahat ummah dan demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri,” katanya.


SUMBER : BHARIAN ONLINE

Niat, cara dan matlamat perlu selari – Mufti Kelantan

KOTA BHARU: Neelofa menggunakan pendekatan salah dalam pelancaran koleksi terbaharu hijabnya di sebuah pusat hiburan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, selebriti itu mungkin berniat baik apabila mengadakan pelancaran berkenaan tetapi pendekatannya menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap agama Islam.

“Saya melihat isu ini secara positif. Beliau mungkin berniat untuk berdakwah di kelab malam itu dengan membawa perkara baik (memperkenalkan koleksi hijab).

“Namun, cara penyampaiannya dengan mengadakan persembahan tarian adalah tidak betul,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam Islam, Mohamad Shukri berkata, seseorang perlu melakukan sesuatu dengan niat, cara dan matlamat yang baik serta betul.

“Islam menitikberatkan tiga perkara ini. Jika satu daripada tiga perkara ini tidak ada, maka ia dianggap salah.

“Ketiga-tiga perkara ini hendaklah selari setiap masa dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata, Neelofa juga perlu berhati-hati dalam tindakannya kerana beliau adalah selebriti yang mempunyai ramai peminat.

“Saya ingin menasihati beliau supaya merujuk atau meminta pandangan ulama terlebih dahulu jika ingin mengadakan perkara seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan kekhuatiran tindakan Neelofa melancarkan koleksi terbaharu hijabnya di sebuah kelab malam terkemuka, bakal membawa fenomena normalisasi dalam bertudung.

Beliau turut berpesan kepada Neelofa agar menghayati syariat Islam sebenar dengan bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki diberkati Allah SWT.

Baby Anda Lahir Pukul Berapa? Ketahui Peribadi Anak Ikut Waktu DiLahirkan.

by
Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Ia bukanlah sesuatu untuk dipercayai, namun ilmu astrologi menyatakan yang waktu lahir bayi memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak.
Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi : waktu subuh
Anak yang lahir di waktu ini cenderung menjadi anak yang lembut, suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh juga cenderung untuk peramah, dan bersikap rendah diri.
waktu bayi lahir subuh Kredit: Pinterest
Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh mungkin sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.
Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati.
Namun demikian, dia juga cenderung memiliki komitmen kuat, bersifat jujur dan harga diri tinggi.
Waktu lahir anak jam 9-11 pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari cenderung untuk mementingkan penampilan. Dia juga mungkin sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan.
Dia mungkin menyukai persaingan dan gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga mungkin seorang yang suka merancang secara bijak.
Waktu bayi lahir jam 11 pagi
waktu bayi lahir tengah hari Kredit: Socreativethings.com
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran ramai para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia mungkin seorang pengembara dan mudah bersikap murah hati.
Anak ini juga cenderung untuk memiliki ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya mungkin menggalakannya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya mungkin seorang anak yang aktif dan energetik. Dia cenderung untuk ingin tahu dan suka bermain.
Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang meninggi juga mungkin memiliki kemampuan mengajar yang bagus.
Dia bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga cenderung untuk bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.
Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang
Anak yang lahir pada jam ini mungkin bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir.
Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia mungkin akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang.
Dia cenderung untuk membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
bayi lahir waktu senja
Waktu bayi lahir jam 5-7 malam
Anak yang lahir di waktu ini mungkin memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan.
Meski demikian, dia cenderung untuk bersifat berani dalam melakukan hal yang benar dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar.
Anak ini juga suka beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mungkin mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai.
Selain itu, dia mungkin gemar menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.
Waktu anak lahir jam 7-8 malam
Bayi lahir waktu magrib sehingga isyak cenderung untuk menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia mungkin tulus membantu orang lain. Pembawaan dirinya ceria dan tabah menerima apa saja dalam hidupnya.
Waktu lahir anak jam 8-12 malam
Anak yang lahir di waktu malam cenderung memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini mungkin boleh dilihat sejak usia muda.
8 – 10 malam: Anak ini mungkin suka membantu orang lain. Sayangnya, dia cenderung untuk menjadi seorang yang perfectionist dan bencikan kesalahan.
10 – 12 malam: Bayi yang lahir pada waktu ini cenderung bersifat periang. Dia mungkin menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
waktu bayi lahir malam
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia mungkin disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.
Jam 12 malam – jam 2 pagi: Bayi ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga mungkin suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik.
Jam 2 pagi – jam 4 pagi : Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh cenderung untuk mahir berkomunikasi. Dia juga mungkin penuh rasa ingin tahu dan suka berusaha keras serta cenderung untuk menjaga harga diri.
Anak anda lahir pukul berapa? Kongsikanlah.
Semua ramalan di atas hanyalah berdasarkan ilmu astrologi. Ia bukanlah perkara yang benar dan tidak sesuai untuk dipercayai 100%.
Paling tidak, ia hanya boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, ia tidak bergantung kepada jam berapa pun anak anda lahir.
Sumber: theAsianparent Indonesia
Anak anda akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita. Kan, ibu ayah? 

Top Ad 728x90

Top Ad 728x90